Bagaimana upayah negara malaysia dalam menstabilkan krisis ekonomi
IPS
Alza27
Pertanyaan
Bagaimana upayah negara malaysia dalam menstabilkan krisis ekonomi
2 Jawaban
-
1. Jawaban aulliaazzahraoud6bg
lantik menteri keuangan yang baru dan kompeten,menghentikan projek mega menghentikan pengambilan buruh asing tidak mahir -
2. Jawaban Meuthiaadera
jalan keluar untuk menyelamatkan ekonomi
Saya mencadangkan 5 jalan keluar untuk menyelamatkan Malaysia daripada krisis yang sedang memuncak ini:
1. Najib perlu berundur daripada menjadi Perdana Menteri
Kita patut akui bahawa Datuk Seri Najib Razak merupakan satu ‘masalah’ kepada Malaysia hari ini. Walaupun terdapat faktor-faktor global lain yang menyumbang kepada kemerosotan ekonomi negara, Najib adalah punca kepada kehilangan keyakinan terhadap integriti institusi-institusi di Malaysia. Seperti mana ‘bangkai yang bernyawa’, mengekalkan Najib sebagai Perdana Menteri hanyalah akan menyebabkan lebih banyak kemudaratan kepada ekonomi Malaysia.
2. Lantik Menteri Kewangan yang baru dan kompeten
Kalau pemimpin dalam parti pemerintah hari ini masih tidak dapat menyingkirkan Najib sebagai Perdana Menteri, sekurang-kurangnya seorang Menteri Kewangan yang baru dan kompeten serta benar-benar ‘bijak’ dalam memahami makroekonomi dan permasalahan-permasalahannya perlu dilantik segera; demi menyelamatkan ekonomi Malaysia.
Inilah masanya untuk menghentikan praktis di mana seorang Perdana Menteri turut mengemudi portfolio kewangan negara secara serentak. Dua nama yang berlegar dalam fikiran saya buat masa ini; Datuk Seri Mustapha Mohamed dari kalangan menteri dalam kabinet sedia ada dan Datuk Seri Nazir Razak sekiranya perlu dari luar kabinet hari ini.
3. Tetapkan GST pada kadar sifar
Ekonomi global hari ini tersekat dalam situasi yang tidak seimbang. Contoh; kebergantungan terhadap ekonomi Amerika Syarikat sebagai destinasi tunggal pengguna. Kita hanya memiliki potensi eksport yang terhad; itu pun jika ada! Malaysia perlulah segera mengatasi trend kejatuhan ekonomi kini dengan memastikan terdapat penggunaan domestik yang mencukupi di peringkat bawahan.
Dengan kejatuhan pantas nilai ringgit, inflasi import dijangka akan mengakibatkan kenaikan nilai matawang yang tinggi. Satu cara untuk memastikan bahawa penggunaan domestik tidak lumpuh adalah dengan menghapuskan GST atau sekurang-kurangnya meletakkannya pada kadar sifar untuk tempoh setahun sebelum kajian lanjut dijalankan.
4. Menghentikan projek mega melibatkan kroni
Semua projek mega melibatkan kroni mestilah dihentikan dan perlu diletakkan pada sebuah penilaian ‘kesan tukaran nilai matawang asing’. Terdapat banyak projek berskala besar seperti tren berkelajuan tinggi Malaysia-Singapura dan juga projek MRT yang telah menelan harga yang melampau; tidak diperlukan sama sekali sekiranya opsyen lain yang lebih murah dan efektif dapat dikemukakan.
Jika diteliti masa lalu, jawapan kerajaan kepada sesuatu krisis adalah dengan menyuntik lebih banyak dana kepada kroni untuk tujuan menambah projek-projek pembinaan. Projek-projek pembinaan yang didorong kerajaan (government-driven) biasanya melibatkan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir yang akhirnya hanyalah memberikan impak yang sangat kecil terhadap ekonomi negara secara menyeluruh. Terdapat cara lain untuk meningkatkan ekonomi.
5. Menghentikan pengambilan tenaga buruh asing tidak mahir
Salah satu cara yang penting untuk memastikan berlakunya perubahan bersifat struktural terhadap ekonomi Malaysia ialah dengan mengecilkan jumlah tenaga buruh asing tidak mahir dan memperluaskan penggunaan jentera mesin serta peralatan auto agar pekerja tempatan dapat dibayar dengan upah yang lebih baik dan kemahiran mereka boleh ditingkatkan. Oleh itu, cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk membawa masuk 1.5 juta lagi pekerja tidak mahir Bangladesh adalah tidak bijak dan bercanggah dengan kepentingan negara.
Semoga membantu :)